Monday 5 November 2012

Hi sambal!

errgh, sumpah aku bosan.tak tahu nak mengupdate apa benda.mesti semua tertanya, tetiba tittle "hi sambal".uh.haaaa..nie dia sambal tu..dia nie suka cari pasal ngan aku.humpph.

kenapa sambal?
coz dia punya best friend ada cakap, dia ada tanda lahir besar color merah, tu yang dorang panggil sambal.kuikuikui.
-teman gembira
-teman bergaduh

kata hati: aku tak nak jadi nurse bole tak? emm
mengantuk, nak tidur.okbai.

Friday 2 November 2012

Bermacam-macam, bila datangnya mood rajin.

godek-godek barang dalam handbag.MasyAllah, banyak gila barang.haihh, dah boleh bukak kedai agaknya, mau tikus pun bole bersarang dalam tu.semuanya aku sumbat, patut a rasa berat ja, segala bagai ada.err errr, agak pemalas.huee.malam nie agak rajin nak kemas, rasa ringan a sikit.


haa, ini lah semua benda dalam handbag aku, dari sampul duit raya (ada duit oke), topup, buku bank, pen, bekas duit syiling, segala bill tesco lah, resit bank lah, brooch, panadol and minyak cap kapak (itu wajib ada, aku nie kadang2 mudah pening), eh eh..huruf 6 tu numb plate motor, pun aku masukkan sekali.brrrr.

kata hati: aku sedih ngan ziyad, mood tak stabil.sakit perempuan mungkin.emm
kata ziyad: aku jadi garang, tak best.uh.

I'm sad.

setahun aku tunggu, tapi kosong.seriously, my fault.tak tengok and baca betul-betul before isi.oke, sangat lah sedih.menanggis.call mak, kenapa kenapa?? gila noob, dah tulis besar-besar kat situ maklumat and tidak menepati apa yang dikehendaki, tak cek betul-betul jugak.coz aku tengok macam betul ja semua.just apply and lanjutkan tempoh lagi.yes, aku memang noob.menanggis tersedu2 call iqa, thanks buat saya stop keluarkan air mata.haihh, after tu jadi malu.ceiit.congrat kepada kawan-kawan yang dapat interview tu.doakan semua akan berjaya.aku? bukan rezeki untuk itu mungkin.


Wednesday 31 October 2012

Segmen : AyuInsyirah mencari rakan blogger

haa, ada segmen lagi lah.aku join je, lagi pun tade benda nak buat kan.mengisi masa yang ada.huee.

oke, kepada sape2 yang naik join.silakan click bunga comel kat atas nie. :)

Silakan:

Tuesday 30 October 2012

Oh, my day.

selamat malam, entry yang sepatutnya di buat before raya lagi.tapi masa tak mengizinkan.ecey, busy memanjang kan aku.haa, 17-21 Oktober lepas aku ambik cuti, convocation.fly to Putrajaya with my mom.mengharapkan yang baik2 saja time convo, tapi...err..sumpah aku bengang.so, apa yang dipraktikkan aku jadi lupa nak buat.grr, kaki pulak sakit. (nie lah seksanya pakai heel, even tak sampai 2,3 inch).habis je ambik dip tu, memang muka dah kelat a.yang happy nya dapat jumpa kawan-kawan setelah hampir 10bulan tak jumpa.rindu kot.

oke, saya terpaksa begitu disebabkan adik berbaju kurung coklat.humph!
with my mom.love you.
sis, grad sama ngan aku.diploma in healthcare.oh, dia dapat best graduate award.jelous! -.-
kakak-kakak aku, sama tak muka? bentuk muka je kot sama.huee.
yey, i'm graduate now.diploma in nursing.and also congrat to my sister.happy for her.
kakak tengok camera lain.grrr.nie nak marah nie.hee.
hi, kami malu lah.with syafiqa karim.

my family, nie pun tak cukup lagi.ayah, abang and adik2 tak datang.

thanks to my family atas bagi support and duit time aku belajar.
thanks to Puan Rusna (Mak), En Abd Hamid (Ayah), abang, kak yanti, kak rini, kak ziela, and adik2.love you all!
thanks to semua lecturer.
thanks to kawan2 yang banyak bantu.
tanpa semua, tade nya aku bole pakai jubah tu and dapat bunga free.huee.

p/s: aku tengah bengang.nak off fon.nak tidur.pls kepada org berkenaan, don't disturb me.silakan kamu dengan hal kamu.good night.okbai.

Sunday 28 October 2012

Segmen : Jom Follow

eh ada blogger nie buat segmen "jom follow", aku pun turut serta.huee.meh lah kita follow mengfollow ya!

if nak join, click je banner kat atas nie oke.

follower sekarang:
oke.done. :)

Saturday 27 October 2012

I'm back!!

Assalamualaikum.hi hi, ttittle macam baru kembali dari luar negara ja.ceiit.macam biasa, kebelakangan nie tade masa untuk mengonline kan diri untuk blog.last entry pun sept lepas.sudah sebulan tak bukak.hi, esok birthday saya.oke, selamat hari lahir linda! sudah tua, sudah matang, masih comel, masih kecik, masih jelitawan.hakikat. :p sumpah perasan.oke, umur aku begini dah layak untuk kahwin lah kan.eh tapi bagi aku masih muda.heww.baru dua puluh...........haa.apa-apa pun aku nak wish selamat hari raya aidiladha untuk semua.seriously, tak merasa sangat daging korban tahun nie.makan 2,3 ketul je, tu pun ada orang tu letak dalam bihun goreng.oh, kira makan jugak lah kan, kan.hee.saat, masa, ketika ini tengah tunggu my handsome mesej.huaaa..dia busy, family day kat cameron.aku? ber family day di rumah.haaha.sumpah bosan dia diam ja.lahai..

oke, pic raya semalam.bersama adik and cousin-cousin.adik aku yang baju hitam, bukan main melentik dia lah kan.oh, dia sangat bajet.seperti aku kah??

Thursday 20 September 2012

Nak ke tak nak?? zzz.

Bila datang sesuatu yang agak baik, mula lah memikir hendak ke tidak.uh.ada short program selama 6 bulan untuk dapatkan certificate as a sonographer assistant.best best.belajar pasal ultrasound bagai, procedure, method untuk scanning.bukan senang weyh! ada case study, final examination segala bagai.tapi yang paling tak best aku kena bond lagi 2 tahun.mak kau! serabut lah.close date 1 November nie, meaning aku ada masa lagi sebulan lebih untuk fikir.erghh.tak nak bole tak? err..rugi pulak kan bole ada 2 sijil.blrrrrr. -.-
hmm, kita saja yang boleh corakkan kehidupan kita macam mana.so, sila buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.okbai.

Monday 17 September 2012

Anit wedding's.

hi awak awak semua.oke, sekarang asyik rasa nak buat new entry ja.haha.bosan kot.kerja kerja kerja! uh.semalam apply leave semata-mata nak pergi kenduri kawan.alahai..dari pukul 2 petang sampai ke malam kat sana.nasib baik orang tak halau balik.heww, oke, jadi photographer untuk anit petang tu.

ini lah gambar-gambar yang terhasil.errghh, buruk pun ada.zzzz.

as dan 'mak ratu' :p
hanan dan anit.
with her husband-yas.
kawan saya yang gorgeous.
mak ratu yang sibuk jugak nak bergambar.uh. -.-



selamat pengantin baru both of you, hopefully kekal hendaknya. :)

haa..malas dah aku nak letak banyak-banyak, anit nie lah yang saya rajin letak untuk awak.seriusly, saya malas nak edit bagai.maaf ya.huehue
kata hati: weyh, aku jeles jeles jeles jeles.kau dah kahwin! grrr.

Saturday 15 September 2012

Ini lah akibatnya.

bila nafsu menguasai segalanya, beginilah jadinya.weyh..sumpah tak buat dah perangai buruk macam tu.kebulur gila.sampai rasa nak pengsan.last-last perut kosong ja.ambik kau.macam budak2.gelojoh.haha.


makanya, makan itu sekadar saja.bak kata berhenti sebelum kenyang kan.aku tak, selagi boleh disumbat, selagi ada space kat perut nie.ceiitt berat tak naik2 pun.hampeh! any idea untuk naikkan berat badan tak? pls, help me! uh.
p/s: aku rasa dah bertukar jadi benda hijau tu makan terlebih dose.heww. -.-

ergh, sumpah buruk aku lukis, motif? 

Friday 14 September 2012

Dia komen saya lah! uh.

bila sekali en ziyad komen.pergh, tersentap kot.tapi masih tersenyum sorang2, kelakar pun ada.nak jugak org komen dia balik.if tak, nak merajuk, baby memang macam tu.hee.

ini en pensil mekanikal a.k.a ziyad zahrul

katanya, dia tak suka saya:
-kuat risau
-suka fikir bukan-bukan
-kuat merajuk
-suka nangis
-malu ngan dia
-degil
-tak suka buat ayat makan dalam
-paling tak suka if sedih2, nangis or bila berhenti senyum.
kata hati: en ziyad pun degil, komen orang pulak.erghh! -.-

Tuesday 11 September 2012

Bila kebosanan melanda.

aku bosan, layan cerita hindi yang sama 3 kali dah.pernah tengok cita players?, kes rompakan.oke, seriusly memang best.

kata hati: aku dah mula suka warna biru sekarang, dulu obses dengan pink.lagi pun dah berumur, elok lah tukar favourite colour kan.hee..baru perasan yang biru tu cantik lah! :)

Monday 10 September 2012

Thinking


i miss the moment with him.
he is my crime partner.
he is my argue partner.
he is my fighting partner.
since 2010, started to like him.
beware, he's mine.okbai.

Sawadikap!

Sawadikap! oke, habis duit sehari bila jejak wang kelian.lama tak pergi dan aku pun jadi rambang mata, murah lah weyh..err, tadi ada ke patut orang kat sana cakap siam ngan aku.sumpah tak faham.setakat 1-10 dalam thai aku tahu a.hee, gamaknya muka aku macam orang kat sana kot.oho..so, aku just cakap sorry? then, dia pun terdiam.terus blah dari kedai tu.yang bestnya pulut ayam memang terbaik kat sana.oke, sesiapa datang perlis sila lah datang sini.rugi ao hang tak mai cek oi..heww.
selekeh
yang nie singgah gua kelam sat.
nota kaki: pak cik tu tak da kena mengena ngan kami.hee.

Saturday 8 September 2012

After 3 month.

hi bloggers! baru ada masa nak tengok blog nie.huaa..dah 3 bulan tak bukak.oke, sumpah nampak serabut.so aku dah buat se simple mungkin, even macam buruk sikit.janji nampak kemas kan.lagipun tak pandai nak mengedit bagai.

kerja kerja kerja, memang busy.tak da cuti.esok baru dapat cuti.tu pun 2 hari setelah 2 minggu berturut2 kerja.penat woo.baru terasa seksa nya nak mencari sesuap nasi.tiba-tiba jadi sedih ingat kan ayah mak kerja sara kami 8 beradik, penat lelah memang tak terbalas lah.tapi akan sebaik mungkin balas jasa mereka.erghh..rasa mengantuk, nak tidur..tapi aku lapar.ceitt.okbai.

Friday 1 June 2012

Gelabah.

2 bulan lebih tak bukak blog.sudah lain jadinya.gelabah seketika.errkk.baru balik dari penang.interview.pastu terus naik bus gerak datang kl.oke, sangat2 penat.kerja masih belum ada.sabar menanti lah.tak tahu nak merepek meraban apa.saya bukak blog.ingat nak mengedit nya.tukar segala bagai.tapi tade mood.lain kali mungkin.coz amik masa yang lama kot.oke, lapar.bai.

Saturday 24 March 2012

Identiti.

25 about me.
1. Full name, Hazlinda Binti Abd Hamid.
2. Asal perlis.mean, lahir kat perlis and membesar kat perlis.perlis dan kedah.
3. Umur sudah 24 tahun mengikut tahun, ikut bulan still 23 tahun.oke, aku tidak lah muda, tidak juga agak tua.huehue.
4. Berat sekarang 44kg, kejap 45kg, kejap 46kg.haishh.tinggi aku 154cm.bmi normal.tak underweight dan tak jugak overweight.kira sihat2 je lah.comel.kehkeh.-jangan dengki.awww.
5. hobi: aku suka baca novel by novelist thriller, ramlee awg murshid.best lah weyh.ada pasal pembunuhan, psiko, dan segala bagai.novel jiwang? maaf aku tak layan.heee.selain itu, aku memang gilakan anything game related to numb or abjad macam sudoku, scrabble.sumpah aku suka sangat lah.
6. banyak benda aku tak suka makan.kalau buah tu, haruss lah durian tak makan.oke, bau nya je dah buat aku pening.tak tahu kenapa.ahaii.
7. kadang2 macam pentingkan diri sendiri.oke, sememangnya.
8. matang, tidak sombong tapi bukan peramah.hakikat.
9. suka duduk rumah.mean tak suka keluar berjalan.kalau tade duit lagi lah.dok diam2 kat rumah, tengok tv + makan.uh.
10. tak suka crowded place.rimas and lemas.memang kalau bole elakkan.
11. suka makan.HAHA! fast food.haruss lah kfc.sememangnya seorang yang gilakan ayam goreng.
12. ada lesen motor, tak da lesen keta.-tak bangga.
13. sudah ada dip in nursing.bangga seketika.hewhew.tapi belum konvo.this year, sept mungkin.
14. tidak suka dikongkong dan mengongkong.rimas.
15. tak suka jaga tepi kain or seluar org lain.hal kau, hal kau.hal aku, hal aku.simple.
16. tak suka makeup, tak pandai.geli lah weyh.
17. simple, tak pandai bergaya, tak mengikut peredaran fesyen.apa yang aku selesa, just pakai.org nak mengata or apa.aku tak kesah.
18. allergic dengan org hipokrit.geli.even, kadang2 itu perlu.
19. tak ramai kawan lelaki.
20. pernah lemas.tapi sekarang sudah bole berenang.
21. seorang pengguna maxis, hp.samsung galaxy mini sahaja.oke, comel sudah.
22. agak cerewet.
23. lambat nak faham kalau org tu kias2 bagai.senang cite, agak lembab bab tu.kau cakap direct kan senang.err.
24. geli ngan kucing.
25. agak pemalu.
sekian.lagi 1hari nak berehat2 before mula kerja.semangat sikit lah linda! zzzzz.
pic nie candid.aku rasa agak buruk.ziyad ah nie, tenga makan pun sibuk nak snap pic bagai.grrrr.
oke, saya agak2 tersipu malu bila ziyad ckp, awak sangat cantik hari ni, berbaju kurung.saya macam fall in love lagi sekali, tergoda.dup dap dup dap jantung nie.HAHA! gegeh.-ayat awak nak kena lempang agaknya ye.heee.apa2 pun tengs.ily. -.-

Thursday 22 March 2012

Hakikat.

soalan-soalan yang selalu aku dapat.oke, penat suda menjawab semua.kenapa perlu tahu? motif?
bila habis study? : aku dah habis belajar dec lepas, dah lulus semua.ada lesen jadi nurse.puas?
buat apa sekarang? : aku stay kat rumah, jaga anak sedara.tunggu panggilan dari mana-mana tempat.
sudah kerja ke? : belum.bukan rezeki aku lagi, masih bersabar, next week aku kerja lain buat sementara waktu.nak kumpul duit lah weyh!
umur berapa? : 24 tahun sudah.matang.kenyataan.
bila nak kahwin? : kenapa perlu gelojoh? semua tu perlu komitmen.aku tak bersedia lagi.kerja pun belum lah.
kau tak rasa, umur 24 nie dah layak kahwin? : tak pun, bagi aku kahwin tak semestinya bergantung pada umur.lambat or cepat,kalau dah cukup semua,kau bersedia,kau kahwin.mudah.tapi perspektif org memang tak bole ubah.lewat sikit kahwin.dah di cop andartu.hakikat.
kau tak dapat interview mana2 ke? : dapat.tapi bukan rezeki aku kat situ.so, aku terima.redha je.
kau tahu,yg kwn kita dh dapat kerja? : so? ada kaitan apa dengan aku? dah rezeki dia.alhamdullilah.
dah ada bf? : ada.
eh kau tau,kwn kita lg sorang dah tunang,khwin bulan depan? : tak tahu pun.kau cepat je tahu kan? kau tu, dah bertunang ke? zzzz.
beginilah, lumrah manusia.selalu aku dapat soalan yang sama.soalan yang memang aku tak tahu nak jawab apa dah.tape, nant aku dah dapat kerja aku gtau semua, aku kahwin ke tunang ke, aku jemput semua.tapi perlu ke buat semua tu? tak payah kecoh sangat lah kan.HAHA!

Thursday 15 March 2012

I need you.

conteng2 dikala bosan, tak tahu nak chat ape da.ini lah hasilnya dari ziyad.aku tak pandai lukis, lagi buruk dari nie jadinya.muahaha.zzzz.

Tuesday 6 March 2012

Keliru.

 
 keliru.sama ada aku bosan, ataupun aku yang tak bole duduk rumah.yang pastinya, hari-hari aku buat benda yang sama.bangun tidur, mandi kan anak sedara, aku mandi, masak nasi, bukak tenet, makan, tidur kan danish, tengok tv, bukak semula tenet, main game, mandikan danish, bawak pergi taman, mengadap tv, on lagi laptop, tengok fb, comment2, chat.dengar radio.tidur.begitu lah kehidupan aku hari2.menunggu panggilan.oh, cepatlah masa berlalu.zzzz.

Wednesday 29 February 2012

Saya nak buku ini!

 
saya nak yang nie.ceritanya menarik.sudah baca sinopsisnya.oke, akan di cari nanti!

Sindrom 'Monday'.

kebanyakan orang memang akan malas bekerja atau pergi kuliah/sekolah, terutamanya pada hari isnin.ye lah, dah cuti 2 hari.so, nak memulakan langkah pertama untuk bekerja dan study sangatlah malas.baik korang mengaku? aku pun macam itu jugak.hewhew.perasaan malas bangun pagi setelah bercuti membuatkan ramai yang hanya ingin berada di rumah pada hari tu.oke, antara perkara-perkara yang bole dilakukan bagi mengatasi perasaan malas bangun pagi or 'syndrom blues' nie,ada beberapa tips yang korang boleh ikut.
let's check it up!
* malam before hari isnin tu, mean malam ahad lah kan, pastikan korang rehat secukupnya, haruslah tidur awal, exercise ke before tidur.hee.oke, exercise memang aku malas lah.letak je kepala atas bantal terus terbungkang tak sedar dunia.haha.tapi korang perlu ikut coz exercise tu mampu membuat otot2 lebih relax pagi isnin tu.
* semestinya, digalakkan bangun awal.fakta ada mengatakan, bangun lewat akan membuat ramai org lebih stress akibat adrenalin yang kencang.lahaii..~aku lah nie.zzz :p
* oke, pastikan korang ambil breakfast, jangan skip.tak kisah lah just roti bakar ke, mee goreng, nasi goreng.kalau boleh elakkan amibil nasi lemak, ini boleh membuat kan korang mudah mengantuk.aku macam tu a.sekurang2 nya 2 keping roti bakar + jus akan membuatkan korang segar selama lebih kurang 4 jam!! breakfast sangat penting tau.
* then, pada jumaat korang kenalah susun jadual sebaiknya.susun mengikut keutamaan, dahulu kan apa yang patut.so, time cuti boleh lah rest sikit, dan paling penting tidak akan kelam kabut pada isnin akan datang.
* muzik juga dapat mengurangkan kelesuan korang pada hari isnin.selain itu, muzik dapat bagi korang semangat untuk berkerja.~err..kalau aku tak boleh nya dengar muzik, konpem tidur.hee. :)
* paling penting senyuman.mulakan hari korang dengan senyuman yang manis.jangan first day kerja dah masam bagai.ahaii..org lain tengok pun malas nak buat kerja.tade semangat.janganlah sombong, tegur rakan-rakan, kongsi cerita.sure korang akan ada semangat untuk berkerja dan study.
p/s: ada banyak lagi tipsnya,tapi cara nie pun dah cukup.silakan mencuba. :)




Tuesday 28 February 2012

Ouch! pink betul lah.


hari ni ingat nak pergi kolej, ambil academic transcript.tapi mengantuk punya pasal, pukul 11 baru aku bangun.mana sempat, before pukul 1 dah kena balik.nak kena jaga anak sedara pulak.oh.mandi-mandi, tak breakfast coz aku memang tak bole makan pagi.hee.terus mengadap laptop.sebenarnya aku pun tak tau apa yang aku tengok..oke, normal bagi kebanyakan org, aku pun kadang2 mcm tu jugak.haha.kalau fb tu, tengok pic org, jejak profile, eh eh..relationship ngan sape tu, handsome nya bf dea, eh dah kahwin rupanya budak nie, la..bila dia bertunang nie.diam-diam je,nasib baik aku jadi kawan.kalau tak memang tak tau.haha! seriusly, aku tak lah sampai macam, malas lah weyh tengok pic orang lain, di tambah dengan internet slow, tade nya aku nak merajinkan diri tengok benda-benda macam tu.
mengadap blog satu lagi tabiat aku, tengok blog org lain, oke.sememangnya cantik, nak di bandingkan ngan blog buruk aku memang jauh beza lah.tapi aku tak kesah, aku bukan pandai nak design bagai.biarkan, pink lah! haha.geli jugak.header tu aku dah tukar, tengs to anit.tolong buat kan.melayan karenah aku, nak macam tu, macam ini.hewhewhew.akhirnya terbentuk lah macam nie. :)
 
kenapa tapak seleman? haha.nie semua bermula time aku sem 2.dengan syafiqa..hee.so, ada sorang nie nama patrick.sgt annoying lah.terbit lah bole suka kan patrick tu,pink ouch.yang blur2.haha.tapi bukan suka org tu.ahaii..memang tak nak lah.yang tapak seleman, ziyad first pangil aku gelaran tu.cik tapak seleman.time mula2 kenal ngan dia, letak pic kartun patrick bagai kat tagged.haha. 'katanya, patrick awak kemek lah'.oke, sememangnya.weee.zzzz.now, memang tiap-tiap petang aku tengok cite tapak sulaiman and span kuning tu! jangan pertikaikan, minat lah weyh.hee.naruto pun aku layan, sejak form 5.eh suka ngan sasuke. :p
mereka happy bersama! -.-
sasuke.
kata hati: kau kena pilih yang mana terbaik, kena berkorban salah satu.apa-apa jangan menyesal sudah.situasi aku sememangnya begitu.apa yang patut aku buat? sumpah serabut sekarang! *penantian satu penyeksaan, selama mana aku bole tunggu.6 bulan lagi? setahun? ruginya masa aku.oke.still bersabar.chill lah linda! :)

Monday 27 February 2012

Sememangnya.

entry yang ingin di taip jumaat lepas.tapi tidak berkesempatan.hee.jumaat lepas balik rawang, rumah abang.perjalanan yang agak lama dari serdang ke rawang, naik ktm.time tengahari pun agak ramai jugak orang.pening.di tambah dengan terdengar bertita kawan aku dapat kerja.terbit rasa cemburu.normal lah tu kan.rezeki tidak datang bergolek, pelan2 kayuh.aku tak mintak kerja yang gaji sangat tinggi, bukan juga tempat yang gah, ada nama besar, semua orang tahu.tidak.cukuplah kerja yang boleh sara diri, bayar duit pinjaman, untuk simpanan dan segala bagai.fikir sejenak, sudah hampir 3 bulan tak buat apa-apa.terbit rasa nak melakukan sesuatu, yang bole mendatangkan faedah.akan mintak pendapat family.if dalam tempoh 6 bulan lagi tidak ada panggilan.sambung study.degree.tapi bukan dalam nursing.nak melanjutkan study, degree in nursing sekurang2 nya kena ada pengalaman 2 tahun.oh.sungguh serabut aku.bole nak continue tapi dalam mana2 kos sains, except nursing.oke, just fikir.mana baik and buruknya.degree tetap degree.
sejenak melihat karenah orang di dalam train, ada yg msj, call, borak2, tidur, termenung.ye lah sementara tunggu destinasi kan.tapi mata aku tertumpu pada couple nie, aku tak pasti nak kata couple ke, tunang ke, or dah kahwin.manjanya lebih sangat.haha.oke, laki nie tak pasti a..tapi memang orang luar.lahaii...dengan perempuan tu tersipu malu.main2 rambut pompuan tu bagai.belai2.tilik2 tangan.*pompuan yang aku rasa dah bole pangil makcik kot.ada jugak mata-mata 2,3 orang yang pandang dorang tu.ye lah, aku yang bertentangan lagi lah tengok and dorang pun buat tak tahu.dalam hati nak tergelak tengok gayanya.haha! lumrah kehidupan.
p/s: sumpah buruk aku lukis kat atas tu.haha! oke fine, aku bukan artist.harap faham.sekian.

Thursday 23 February 2012

Melepas.

aku nak kerja sementara, nak cari duit lah.before dapat interview nursing nie.tapi..ahaii..no transport.nak sewa rumah bagai tak kisah sangat.tapi kalau gaji ciput, tak berbaloi jugak lah kan.semalam call mak, berkias-kias nak motor.melepas bhai, mak aku dah janji dengan adik bongsu aku dah nak beli kan motor.aku lah lambat cakap.susah tade transport kalau nak kerja apa-apa.nak harapkan aku naik bus and train bagai.makanye, tak kan sampai lah destinasi.tak pasal-pasal kena buang kerja,tak punctual.haha! lagipun pengangkutan macam tu kadang-kadang tak tepat.lewat, berhimpit2 ngan org ramai.kalau ada motor tade lah sangkut ngan jem sangat kan.hee.yang paling penting, bole lah bangun agak lewat.oke, aku still menanti kerja.menanti dan terus menanti.sabar itu perlu.jangan duduk diam sudah.rajinkan diri mencari kerja.
aku nak yang nie.and aku nak tukar pink colour.hee.chumel oke!!
kata hati: aku nak jadi nurse lah!
kata mak: kalau nak kerja biasa, tak payah lagi lah.dok je kat rumah jaga danish.sudah dapat nurse baru mak lepaskan.faham??
kata aku: baik mak.faham.menurut perintah. :)

Sunday 19 February 2012

Lupa diri.

tak bole nak menidakkan atau mengatakan tidak setuju tentang 'orang mudah lupa diri'.tak semua, tapi sesetengah macam tu, sudah bekerja, ada duit, ada kereta, rumah mewah dan segala bagai.kawan yang baik pun ditinggalkan.normal itu semua di masa sekarang.lumrah manusia.tidak fikir itu hanya kesenangan dunia.tak payah nak lupa diri sangat lah kan.aku tak cakap sape2, kadang-kadang tanpa sedar aku pun tergolong macam tu, tapi kalau dah sedar, istighfar banyak-banyak.hope, nanti bila kau dapat kecapi semua yang aku nak dengan izin Allah s.w.t, aku dijauhkan dari sifat tu.tidak lupakan kawan, especially family.
terdetik di fikiran aku, kenapa ye manusia bila berjalan dalam satu tempat yang sama,lupa yang kita nie saudara.kenapa lupa dulu kita datang dari satu moyang yang sama?? masing-masing ada jawapan tersendiri, tapi hakikatnya sekarang tak semua orang lupa diri.tidak sombong, bongkak, lupa kawan susah senang.jangan sudah hilang nikmat dunia, baru nak cari kawan yang dulu korang lupakan, baru nak ingat family.semua tu dah terlambat.sama-sama lah kita mencari keredhaan, jangan ingat nak enjoy je hidup.
p/s: aku tak cakap sape2, ada yang terasa kau ambik.biasa lah kan. :)

Friday 17 February 2012

Bebas.

dikala bosan, ditambah dengan kedatangan anit and fuad, keluar lah aku berjimba2.dari alamanda, makan kepc, ke taman botani, pastu pergi tasik dekat dengan pullman.sangat-sangat letih.tapi happy.snap pic bagai.credit to fuad coz jadi cameraman.haha! borak-borak2, jalan sama-sama, ketawa sama-sama.tengs kawan! after balik dari jumpa dorang, aku pergi wangsa maju pulak, makan mee udang mak jah.terbaik lah weyh.saya suka, saya suka.haha~gedik.
p/s: nie lah pic yang sempat aku letak, anit lama gile tunggu download nya.tak dapat nak tunjuk wajah retiss.hee :p btw, tengs tau.ily. :)

Sunday 12 February 2012

Online dating?

hari ini aku nak ajar tentang "online dating etiquette".haha.tetiba je kan.kebanyakan sekarang, couple semuanya perkenalan bermula dari internet tak kisah la social network like blog, twitter, fb, tagged, skype and segala bagai yang ada.tak payah lah aku list kan semua, banyak kot.ada sesetengah orang tak percaya dengan cinta internet nie, ye lah..just kenal2 dalam laman sosial je kan.entah-entah tipu ke apa. termasuk aku, dulu pun tak percaya.tapi tak semua nya tipu, ada yang sampai kahwin kot.tapi korang kena pandai lah nak pilih kawan kan.jangan tersilap langkah, sesetengah ada jugak yang menipu, tak kira lelaki or perempuan.it's same oke.
meh sini aku ajarkan etika2 kalau korang termasuk dalam golongan online dating nie.lets see ya!!
*a few reminder before you click for love.
-firstly, please la don't stalk oke.korang boleh je text, tweet or send fb message kat org tu but doesn't give you the right to "be in touch" ya.mesti faham kan? kalau tak faham.buat-buat je faham..haha.
-second, be yourself!! yeah..ini perlu.korang perlu jadi diri korang sendiri kalau nak kenal someone nie.so, jangan lah bajet nak letak pic orang lain dalam laman sosial korang oke.kononnya nak cantik and handsome bagai.tak payah oke.try korang imagine, what happens when the guy you are crushing online want to meet you? mesti dia terkejut kan coz bukan korang yang sebenar.itu namanya tidak jujur! so, berhati2.tak pasal2 melepas je kan.heee :D
-third-don't take rejection too seriously. nie lagi satu, kalau guy tu reject korang jangan lah jatuh kan maruah sendiri ye, after jumpa and he doesn't reply your message anymore, let it be and move on.jangan gedik2 nak kawan bagai.that's mean korang dah kena reject.ramai lelaki dalam dunia nie lah weyh!! please, don't leave scathing remarks on his fb wall, twitter or anything. memalukan lah.lahai lahai...
-fourth, be clear and upfront. apa-apa berkaitan dengan cyberlove is that you should never make an assumption. jangan korang baru kenal sehari, dah cakap lelaki tu dah cukup baik bagai. make sure, you are upfront about everything and vice versa..
online dating pun ada yang bahagia sampai dah kahwin sekarang.
kata hati: aku pun tergolong dalam online dating jugak, haha. dari main tanya2 soalan, pastu tukar phone number, ym, message, calling2.hee. and now, sudah almost 2 year we're friend!! and i love him so much!
i think, this is first pic kiteorang snap bersama.time nie malu2 lagi.haha!! you are the sweetest memories in my life lah ziyad. -.-